Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Friday, April 10, 2009

Return To Castle Wolfenstein



Publisher - Activision
Developer - id Software
Engine - id Tech 3
Platform - PC, Xbox, PS2

EnvyReview for PC

Gameplay - 2.7
Kawalan game ini menggunakan kawalan yang biasa seperti FPS yang lain. B.J. Blascowicz boleh membawa sehingga 15 senjata termasuk grenade pada satu masa. Kawalan senjata mudah dengan bantuan crosshair yang dipaparkan kecuali Scoped Mauser Rifle. Senjata yang ditawarkan termasuklah senjata tipikal yang biasa digunakan semasa WWII hinggalah senjata eksperimen dan fiksyen. Melee attack di dalam game ini adalah dengan menendang selain menggunakan pisau. Serangan pisau merupakan antara serangan yang sangat berkesan untuk membunuh musuh tetapi perlu mendekati musuh terlebih dahulu sebelum menyerangnya dari belakang. Menggunakan scope agak sukar kerana apabila bergerak sedikit pun senjata akan diturunkan terutama apabila menggunakan Scoped FG 42. Sten merupakan SMG yang paling stabil untuk menembak musuh. Sesetengah senjata seperti Venom Minigun dan Sten boleh overheat jika digunakan berterusan. Overheat senjata tersebut boleh dirujuk pada heat bar yang dipaparkan apabila menggunakan sejata berkaitan. Apabila bar merah penuh, ia menunjukkan senjata tersebut overheat dan secara automatik akan disfungsi sehinggalah bar merah tersebut menurun untuk membolehkan ia digunakan semula. B.J. boleh meningkatkan pertahanannya dengan mengambil flak jacket atau armored helmet yang agak terhad sepanjang level. Abiliti lean yang dimiliki sekadar membantu untuk melihat kedudukan musuh, tidak untuk targeting musuh di belakang cover kerana apabila dalam posisi lean, senjata tidak dapat dikeluarkan. Abiliti sprint yang dimiliki agak terhad dengan adanya bar letih. Musuh agak mudah dibunuh terutama melalui headshot yang membunuh dengan satu tembakan. Namun begitu, peningkatan pada tahap ketahanan dan AI dapat dilihat pada musuh dalam setiap level di mana musuh lebih sukar untuk dihapuskan. Bekalan peluru dan grenade boleh didapati sepanjang misi. Peluru dari senjata musuh yang terbunuh juga boleh diambil bergantung kepada jenis padanan senjata dan peluru. Cuma beberapa jenis amuniti untuk senjata seperti M1S Snooper sangat sukar diperolehi dan terhad. Sesetengah cover seperti kerusi atau meja kayu rapuh dan hanya nelindungi sementara kerana ia akan hancur selepas terkena beberapa tembakan. Tiada sebarang panduan untuk mencari lokasi objektif sebaliknya setiap lokasi perlu diterokai sendiri secara linear. Ada beberapa tugasan tambahan seperti mencari harta purba dan tempat rahsia yang tidak perlu diselesaikan. Pada penghujung level, exit level interface menunjukkan ringkasan pencapaian B.J. sepanjang level dipaparkan. Fungsi Quick Save yang disediakan memudahkan game disave dalam setiap level di mana-mana saja.

Sistem Health menggunakan paparan angka bermula dengan 100 yang menunjukkan keadaan sempurna. Warna pada angka tersebut turut merujuk kepada tahap kritikal health B.J. iaitu hijau, kuning dan merah. Untuk memulihkan health, beberapa cara boleh digunakan, samada menggunakan medipack yang mempunyai berbagai saiz atau makanan. Ianya boleh didapati sepanjang level permainan.


Action - 2.5

Dengan 7 misi yang merangkumi 27 level, Return To Castle Wolfenstein menawarkan permainan yang panjang. Ia lebih menumpukan kepada konsep run and gun dalam usaha menjejak Wilhelm Strasse. Level-level awal melibatkan tentera biasa agak mudah untuk ditangani. Pada pertengahan level, ketahanan dan AI musuh meningkat dengan penglibatan Elite Paratroopers Jerman, Waffen SS Soldiers dan Black Guard. Mereka pandai berselindung, agresif dan mencari peluang untuk menembak. Mereka juga seringkali meyerang ke tempat berlindung B.J. menyebabkannya perlu keluar dari situ untuk mengelak daripada diserang dan ini membuka ruang untuk musuh melepaskan tembakan. Mereka juga agak sukar dibunuh melainkan headshot. Black Guard yang terdiri daripada watak-watak wanita yang cantik dan seksi dalam sut ketat hitam lebih lincah dan laju. Selain menghadapi skuad-skuad elit Jerman, B.J. juga perlu menghadapi musuh supernatural yang dibangkitkan oleh SS Paranormal Jerman. Mereka sukar untuk dibunuh walaupun daya serangan mereka yang agak lemah. Ada beberapa makhluk yang mempunyai serangan yang kuat seperti serangan hembusan api atau serangan tengkorak terbang. Namun begitu, musuh yang paling kuat dan paling sukar untuk dihadapi adalah Uber Soldier yang direka oleh Strasse melalui eksperimennya bioengineeringnya. Uber Soldier merupakan tentera yang dilengkapi senjata berat seperti Venom Minigun, Tesla dan Panzerfaust. Mereka juga dilengkapi dengan heavy armour untuk menerima damage yang besar. Satu lagi makhluk ciptaan Strasse adalah X-Creatures yang sangat agresif dan mampu menghasilkan serangan elektrik yang sangat berbahaya. Beberapa senjata fiksyen ditampilkan selain senjata-senjata yang biasa dilihat di dalam FPS, antaranya Venom Minigun dan Meriam Tesla. Meriam Tesla menghasilkan tembakan elektrik manakala Venom antara senjata berat yang mampu menghancurkan tubuh badan. Paling menarik adalah M1S Snooper, senjata eksperimen US yang merupakan sniper rifle dilengkapi dengan scope infrared. Game ini turut menyediakan flamethrower, senjata yang menghasilkan semburan api. Gore yang ditonjolkan agak menarik, dari tubuh badan yang hancur akibat Venom dan Panzerfaust atau serangan X-Creatures hinggalah kesan surgeri mangsa-mangsa eksperimen saintis Jerman yang mengerikan. Setiap tembakan yang mengena juga menghasilkan percikan darah.

Terdapat beberapa boss fight yang sukar dan memerlukan strategi. Boss fight tidak terdapat pada semua level. Antara watak yang perlu dihadapi oleh B.J. adalah Olaric, raksasa supernatural yang dibangkitkan oleh Helga von Bulow, pengasas Black Guard, Prototype Uber Soldier di X-Labs dan Heinrich I yang dibangkitkan oleh SS Psychic Marianna Blavatsky. Boss fight agak sukar, tetapi ditambah dengan bantuan daripada pihak luar ia menambahkan tekanan untuk menyelesaikannya. Walupun memberi tekanan, ianya agak mencabar dan menyeronokkan.

Beautiful World - 3
Landscape 3 , Karekter 2.5, Kostum 3, Weapons 3.5, Buildings 3.5, Objects 2.7, Babes 2.7, Creatures 2.5

You Live in it - 2
Sesetengah level, suasana menakutkan yang ditonjolkan dengan baik melalui efek bunyi serta kabus yang dihasilkan. Namun begitu, karekter dan rupa makhluk tidak menakutkan. Olaric kelihatan sedikit menakutkan jika dibandingkan dengan watak supernatural lain. X-creatures juga adalah watak menakutkan dan seringkali membuatkan debaran jantung menjadi kuat setiap kali berhadapan dengannya. Setiap level meliputi waktu siang dan malam, misi di Norway perlu ditempuhi dalam suasana bersalji dan berkabus tebal. Suasana kabus tebal dibuat dengan baik jarak pandangan dihadkan. Agak mengecewakan, watak B.j. langsung tidak bercakap sepanjang permainan tidak kira di dalam gameplay mahupun cutscene. Selain itu, dialog watak-watak Jerman dalam English turut mengurangkan realiti permainan. Percikan darah dihasilkan dengan baik setiap kali tembakan mengena. Beberapa pergerakan B.J. tidak menarik, mengecewakan dan tidak realistik seperti pergerakan untuk memanjat tangga atau berenang di dalam air.

Overall - 2.5
Konsep WWII FPS di dalam Return To Castle Wolfenstein menampilan konsep yang agak berbeza dengan melibatkan watak-watak supernatural dan makhluk mekanikal. Watak-watak ini memberikan cabaran tersendiri di dalam game ini membuatkan game ini berbaloi untuk dicuba bagi peminat FPS.

Return To Castle Wolfenstein Screenshots


Elite Black Guard




Waffen SS Soldier


Dead X-Creature


SS High Priestess Oberführer Marianna Blavatsky


Ubersoldier


Olaric


Heinrich I



The Undead


Flak Jacket and Armored Helmet


Medipack


Meal