Content

Content - 527 video games , 78 reviews , 15 demo reviews

Wednesday, September 8, 2010

Alpha Protocol - Review



Game - Alpha Protocol
Publisher - SEGA
Developer - Obsidian Entertainment
Engine - Unreal 3
Platform - PC, 360, PS3
Released Date - 01 June 2010

Envy Review for PC
Gameplay - 2.7
  • Paparan perspektif third person
  • Peranan utama adalah Michael Thorton, seorang agen Alpha Protocol.
  • Alpha Protocol melibatkan beberapa lokasi di Arab Saudi, Rom, Moscow dan Taipei
  • Di setiap tempat tersebut, terdapat safehouse yang menjadi lokasi selamat kepada Thorton ketika menjalankan misinya di negara tersebut. Antara kemudahan yang disediakan adalah e-mel dan clearinghouse melalui akses komputer yang disediakan, loker senjata, televisyen untuk tujuan komunikasi dan menonton berita serta beberapa objek hiasan yang diperolehi setiap kali membunuh musuh utama dalam boss fight. Selain itu, Thorton juga boleh mengubah penampilan rupanya ketika berada di dalam safehouse tersebut.
  • Emel merupakan medium komunikasi yang disediakan kepada Thorton untuk menerima maklumat terkini daripada individu lain. Sesetengah emel mempunyai fungsi reply manakala sebahagian yang lain tiada. Terdapat juga emel yang mempunyai attachment yang perlu dimuat turun oleh Thorton berupa wang atau maklumat profil
  • Clearinghouse pula menyediakan maklumat dan bekalan senjata kepada Thorton. Selain senjata, armor, exsplosive, gajet, aksesori dan maklumat intel turut dijual melalui clearinghouse. Pembelian adalah menggunakan wang yang diperolehi oleh Thorton. Thorton juga boleh menjual kembali senjata atau aksesori lain yang tidak digunakan tetapi pada harga yang lebih rendah
  • Dalam komunikasi, Alpha Protocol menampilkan real time conversation di mana Thorton mempunyai masa yang terhad untuk memberi reaksi atau membuat keputusan daripada sesuatu perbualan berpandukan time meter yang dipaparkan di atas dialog option. Sistem dialog dalam Alpha Protocol menggunakan stance system membolehkan Thorton memilih 3 personaliti yang mewakili dialog option yang disediakan untuk berkomunikasi dengan seseorang NPC. 3 sikap tersebut adalah berdasarkan personaliti 3 J.B, iaitu Jason Bourne (Bourne Identity) mewakili PROFESSIONAL, James Bond mewakili SUAVE dan Jack Bauer (24) mewakili AGRESSIVE. Kadang kala dialog option ke-4 turut disediakan bagi membenarkan Thorton menamatkan perbualan segera. Setiap NPC akan memberi reaksi balas yang berbeza-beza daripada setiap dialog dan tindakan oleh Thorton.
  • Untuk memudahkan eksplorasi, indikator objektif serta jarak semasanya dipaparkan pada skrin.
  • Beberapa interaksi boleh dilakukan bergantung kepada indikator yang disediakan seperti memanjat, terjun, leap, mengambil objek dan membuka pintu
  • Dalam combat, Thorton dibekalkan dengan dua slot senjata. Senjata yang hendak dibawa perlu ditentukan di safehouse kerana Thorton tidak boleh menukar senjata lain ketika dalam misi (kecuali menjumpai senjata yang tersorok yang boleh dikumpul oleh Thorton).
  • Setiap senjata mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pistol merupakan satu-satunya senjata yang boleh dilengkapi silencer tetapi agak lemah dan hanya sesuai untuk jarak dekat. Assault rifle merupakan senjata paling berkesan dengan damage yang besar serta efisyen untuk jarak jauh tetapi tiada fungsi silence agak menyukarkan stealth. Begitu juga dengan SMG tetapi damage yang dihasilkan tidak sebaik assault rifle dan hanya sesuai untuk jarak dekat. Senjata terbaik untuk close assault pastinya shotgun yang menghasilkan damage yang sangat besar. Kesan damagenya digandakan apabila charge dilakukan sebelum tembakan dilepaskan. Namun begitu, kekangan penggunaan shotgun adalah rate yang lemah, reload yang lambat serta bising.
  • Melalui 4 slot weapon modification yang disediakan, keupayaan sesuatu senjata itu dapat ditingkatkan merangkumi damage, accuracy, recoil control, stability dan magazine size. 4 slot itu membabitkan modifikasi ke atas barrel, sight, magazine dan aksesori tambahan. Tidak semua modifikasi memberikan kesan positif sebaliknya akan memberikan kesan negatif ke atas sesetengah fungsi senjata tersebut
  • Seperti senjata, armor juga mempunyai slot untuk modifikasi bagi meningkatkan keupayaannya termasuk endurance, damage resistance, sound dampening dan .. Bergantung kepada jenis armor, Thorton boleh memiliki sehingga 4 slot modifikasi armor pada satu masa.
  • Penggunaan senjata akan memaparkan crosshair pada skrin untuk memudahkan sasaran tembakan. Crosshair yang dinamik memerlukan talaan yang tepat kepada musuh sebelum tembakan tepat dap dibuat. ZOOM (MB3) diperlukan terutama headshot yang mampu memberi critical damage ke atas musuh
  • Abiliti COVER (Space) yang dimiliki memberikan sistem pertahanan yang lebih baik. Untuk tembakan yang lebih tepat semasa dalam COVER, abiliti LEAN (MB2) membolehkan Thorton menghendap keluar senjatanya.
  • Selain menggunakan senjata, hand to hand combat juga turut digunakan apabila menghadapi musuh tanpa senjata. Pelbagai variasi gerakan dapat dilakukan dalam hand to hand combat menggunakan teknik mempertahankan diri Kenpo (E)
  • Advancement Point (AP) diperolehi oleh Thorton setiap kali menyelesaikan sesuatu misi dan objektif. Ia amat berguna bagi tujuan upgrade ke atas 10 skil yang dimiliki merangkumi stealth, efisyensi dalam penggunaan pistol, assault rifle, shotgun, sub machinegun dan martial art, sabotage (efisyensi dalam penggunaan gajet), toughness (ketahanan) dan technical aptitude Untuk upgrade, AP perlu ditempatkan di dalam kotak skil salah satu daripada 10 skil. Kotak skil yang ingin dipilih tidak boleh dilangkau. Bagi kotak skil yang mempunyai ikon segi tiga akan memberikan Thorton abiliti istimewa yang boleh digunakan ketika dalam misi dan combat seperti chain shot. Abiliti ini boleh digunakan pada bila-bila masa dalam misi tetapi diterhadkan dengan fungsi cooldown yang memerlukan skil tersebut dicas semula dalam tempoh masa tertentu sebelum boleh diaktifkan semula
  • Pada akhir misi, satu ringkasan pencapaian akan dipaparkan menunjukkan beberapa maklumat berhubung misi yang baru diselesaikan oleh Thorton. Antaranya objektif yang diselesaikan, wang yang dikumpul serta musuh yang telah dibunuh
  • Intel yang disediakan dalam PDA (Tab) menyediakan pelbagai maklumat dan profil mengenai individu dan faction yang terdapat dalam Alpha Protocol

Beautiful World and Detail - 3.5

Landscape - 3.5, Character - 3.5, Costume - 3.7, Weapon - 3.7, Object - 2.7, Babe - 2.7


You Live in it - 2.5
  • Jalan cerita yang menarik dengan variasi plot dan penamat bergantung kepada tindakan pemain sendiri
  • Variasi senjata dan gajet yang boleh digunakan
  • Teknik dan pergerakan dalam hand to hand combat yang variasi, mudah dan menarik
  • Efek darah yang baik dan realistik
  • Walaupun customization abiliti dan skil Thorton dihasilkan dengan baik dan menarik, pengubahsuaian terhadap penampilannya agak terhad dan kurang menarik. Hanya sekadar memberi contoh, The Godfather 2 mempunyai character customization yang lebih menarik walaupun dihasilkan agak ringkas
  • Hit detection yang agak lemah
  • Mekanikal stealth berfungsi kurang baik kerana kekurangan tempat bersembunyi selain AI musuh yang terlalu peka. Keadaan agak baik sebaik skil awareness berjaya dimiliki membolehkan Thorton mengetahu kedudukan, situasi dan tahap kepekaannya ketika itu
  • Boss fight tidak realistik dan mengarut kerana musuh masih belum mati walaupun telah terkena tembakan bertalu-talu beratus-ratus sekali. Sebagai contoh ketika menentang Bryko, bukan sahaja tembakan tidak mampu membunuhnya, serangan melee nya juga memberi damage yang berbesar berbanding serangan melee Thorton
  • Ketiadaan abiliti melompat agak mengecewakan dan menghairankan kerana agen elit sepertinya tidak mampu melakukannya
  • Invisible wall mengganggu kebebasan permainan
  • Mayat musuh yang hilang selepas beberapa ketika agak mengecawakan
  • Aktiviti yang terhad di dalam safehouse agak mengecewakan. Siaran televisyen yang disediakan pula hanya berita walaupun televisyen yang dimiliki sangat hebat

Overall - 2.7

Kualiti Alpha Protocol masih jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan beberapa stealth game lain seperti Splinter Cell mahupun Hitman. Mekanikal stealth yang dihasilkan amat lemah selain sistem combat yang sukar serta kurang realistik. Namun begitu, Alpha Protocol turut menawarkan variasi plot berbeza yang boleh dilalui bergantung kepada tindakan yang diambil oleh pemain.

1 - Bad 2 - Fair 3 - Good 4 - Great 5 - Perfect

Alpha Protocol Screenshots

Michael Thorton


Mina Tang


Scarlet Lake


Sie


Bryko


Bypass alarm


Lockpick


Hacking computer


Downloading fund


Dialogue


In-Game Action








In-Game Combat

Covering


Perform takedown



Perform Kill


Gunfight








Focus Aim


World and Environment








The Sims 3 : Late Night - Teaser Trailer



Game - The Sims 3 : Late Night
Publisher - Electronic Arts
Developer - The Sims Studios
Platform - PC
Release Date - 26 October 2010


Hydrophobia - PAX 2010 Screens



Game - Hydrophobia
Publisher - Microsoft Game Studios
Developer - Dark Energy Digital
Engine - Hydro
Platform - PC, 360, PS3
Release Date - 29 September 2010


















The Sims 3 : Late Night - Screens



Game - The Sims 3 : Late Night
Publisher - Electronic Arts
Developer - The Sims Studios
Platform - PC
Release Date - 26 October 2010